| Pusat Kokurikulum UUM | Unit Seni Bela Diri | Unit Perniagaan Tani | Unit Kepimpinan |
| Unit Seni Tampak | Unit Teknologi Media | Unit Kemahiran Hidup | Unit Keusahawanan |
| Unit Khidmat Masyarakat | Unit Pertolongan Cemas | Unit Sains Sukan |
| Unit Seni Muzik | Unit Seni Suara | Unit PALAPES | Unit SUKSIS |
KEGIATAN LUAR KAMPUS UNIT SAINS SUKAN BOLA JARING (KUMPULAN A)
Pada 28 Mac 2015 (Sabtu), unit Sains Sukan Bola Jaring Kumpulan A telah mengadakan satu program atau Kegiatan Luar Kampus (KLK) iaitu perlawanan persahabatan bersama kumpulan B dan Persatuan Bola Jaring Kuala Muda di Gelanggang Serbaguna Taman Semarak, Sungai Petani. Seramai 15 orang daripada kumpulan A dan seorang pengiring telah mengikuti program ini.
Tujuan program ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan bola jaring bagi melahirkan pelapis dalam bidang ini, serta merapatkan hubungan diantara pelajar dengan masyarakat luar yang terlibat dengan aktiviti bola jaring. Selain itu, pelajar juga dapat memenuhi aktiviti semasa cuti dengan melakukan aktiviti yang berfaedah tanpa melakukan perkara yang negatif di luar sana. Pelajar juga dapat berkongsi pengalaman serta memperoleh sedikit sebanyak input mengenai sukan ini daripada peserta dari Persatuan Bola Jaring Kuala Muda.
Menurut pengarah program ini, beliau menyifatkan bahawa program seperti ini sangat memberi manfaat kepada pelajar sains sukan bola jaring kerana disamping belajar mengenai teori ianya juga dapat dipraktikkan di gelanggang sebenar. Disamping itu, ianya juga dapat memupuk minat pelajar terhadap sukan bola jaring.
Oleh itu, diharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ianya merupakan program yang memberi manfaat kepada pelajar disamping dapat memupuk sifat kesukanan dalam diri masing-masing.

LAWATAN KE PERDANA STABLE, PULAU LANGKAWI
Sub unit kokurikulum sains sukan, Equestrian telah Berjaya mengadakan Lawatan sambil belajar yang dilaksanakan di stable perdana, pulau langkawi. Seramai 25 orang pelajar dari sub unit Equestrian telah menyertai lawatan ini dan diiringi oleh dua orang jurulatih.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk member pendedahan yang lebih mendalam kepada pelajar dalam menguruskan kuda dan seterusnya dapat melihat sendiri kaedah-kaedah yang dijalankan oleh sebuah stable kuda yang bertaraf antarabangsa. Dengan bantuan pemilik stable terbabit, pelajar telah dapat mengetahui cara-cara penjagaan kuda, pemakanan kuda, dan rutin harian yang dijalankan di stable kuda terbabit.
Menurut En. Amri B. Mahmud jurulatih bagi sub unit equestrian, menyifatkan lawatan ini telah dapat memberi pengalaman berbeza kepada mahasiswa dalam menguruskan stable dan dapat mengetahui lebih lagi tentang sukan kuda di Malaysia. Selain itu, En. Amri berpendapat bahawa lawatan seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara peserta lawatan dan jurulatih.
Oleh yang demikian, lawatan seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan para pelajar yang mengikuti sub unit equestrian dapat mengetahui tentang selok belok pengurusan kuda dan stable dengan lebih terperinci.

PERTANDINGAN MENARIK PAYUNG
Sub Unit Kokurikulum Paramotor telah menjalankan aktiviti KLK yang bertemakan pertandingan menarik paying di Padang Bola Sepak B, UUM. Seramai 14 orang pelajar telah hadir mengikuti program ini diiringi seorang jurulatih, Encik Mohd Nazri bin Omar.
Tujuan projek KLK ini adalah untuk menguji pelajar mengenai cara-cara atau asas untuk menarik wing paramotor secara forward di samping merapatkan hubungan antara pelajar.
Aktiviti KLK ini telah dijalankan secara lancar dengan bimbingan jurulatih dan telah bersurai pada pukul 5.30 petang. Diharapkan program KLK sebegini dapat diteruskan supaya pelajar dapat memupuk semangat berpasukan antara pelajar.

Klinik Sukan Dapat Sambutan
Unit Pengurusan Sukan Pusat Kokurikulum UUM telah berjaya menganjurkan sembilan klinik sukan secara serentak di sekitar kampus Universiti Utara Malaysia pada Sabtu, 4 April 2015 yang lalu. Sembilan klinik tersebut adalah klinik ekuestrian, memanah, renang, golf, basikal, badminton, tenis, skuash dan ping-pong.
Menurut Dr. Muhammad Mat Yusof iaitu Penyelaras Unit Pengurusan Sukan Pusat Kokurikulum UUM, antara objektif utama penganjuran klinik tersebut adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar sub-unit pengurusan sukan untuk membolehkan mereka berkongsi apa yang telah mereka pelajari dengan komuniti kampus. Melalui perkongsian ilmu ini, diharapkan ianya dapat membantu para pelajar meningkatkan kemahiran insaniah mereka yang merangkumi aspek-aspek kemahiran generik seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menguruskan acara.
Klinik sukan yang berlangsung selama tiga jam itu telah dipenuhi dengan pelbagai pengisian yang diatur oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan pelajar sendiri. Di antara klinik sukan yang mendapat sambutan paling hangat warga kampus adalah klinik ekuestrian, klinik memanah dan klinik renang. Rata-rata peserta yang mengikuti klinik sukan ini berpuas hati dengan penganjurannya. Mereka berharap agar klinik-klinik sebegini diteruskan pada masa-masa akan datang.

Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: 04-9283512 (Bahagian Akademik), 04-9283515 (Bahagian Aktiviti), 04-9283510 (Bahagian Pentadbiran)
Fax: 04-9283502 Email: [email protected]