SUB UNIT GOLFSINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Pada semester III pelajar diberi pendedahan mengenai perkembangan, pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang sukan golf. Penekanan diberi mengenai teori, teknik, undang-undang serta peraturan dalam etika permainan golf. Pendedahan turut diberi mengenai praktikal dalam aspek permainan golf, pengurusan dan pengelolaan pasukan dan pertandingan. Pada Semester IV, pelajar diberi pendedahan praktikal dan permainan di padang golf seperti etika, undang-undang, teknik pukulan, pemakaian peralatan dan lain-lain. Aspek pengurusan permainan dan cara mengadakan pertandingan golf di antara pelajar dan jurulatih turut diberi penekanan. Kursus ini membantu pelajar menyediakan kekuatan dari segi mental dan fizikal semasa permainan serta tahap penguasaan permainan golf.
|
SUB UNIT LUMBA BASIKAL
SINOPSIS: Sukan ini ditawarkan pada semester III dan IV. Sukan lumba basikal merupakan satu sukan yang semakin popular dan sangat digemari oleh segenap lapisan masyarakat. Sukan ini merupakan satu-satunya sukan yang diceburi oleh pelbagai kaum dan jantina dan tidak ada mana-mana kaum yang dominan ke atas sukan ini. Sukan ini memerlukan tahap kemahiran yang tinggi, corak teknikal yang terkini dan sistem tenaga yang kompleks. Pengetahuan tentang teknik pengendalian basikal juga memerlukan satu sistem pengajaran yang terancang.
|